Thursday, December 31, 2009
Menjelang tahun baru
Sunday, December 27, 2009
Santau vs Avatar
Santau--> Tak expect pun nak tengok so mind set aku takdelah set ke mode takut or seram. Neutral je. Masa tengok pun boleh cool lagi. Tak macam mase tengok Histeria dulu. Cuak. Tapi Santau, macam tak caya je aku boleh rilek. Cerita dia, O-K la...Maka disebabkan cerita tu, adik aku tak dapat tidur dua hari berturut-turut. And he is a guy! Pengajaran daripada cerita ni: Kawan masih boleh makan kawan walaupun kawan baik sendiri.
Avatar--> Pada mulanya aku tak berminat langsung nak tengok cerita tu. Orang Arab kata apa, takda 'zuk' nak tengok. Disebebkan tiket pun dah dibeli, maka dengan paksa relanya aku tengok la jugak. Tapi bila dah duduk tengok, ai macam best la pulak. Rasa nak jadi saintis jer. Berbaloi r tengok. Seronok je rasa. Apa yang aku dapat daripada cerita ni...semua makhluk ciptaan Allah mempunyai fungsinya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tak sedar. Terdapat hikmah disebalik segala penciptaanNya. Hanya manusia yang kurang mahu bersyukur...
Wednesday, December 23, 2009
steam+boat=steamboat?
Sunday, December 20, 2009
Aku dan Remaja
Remaja. Sangat sukar diduga. Waktu transisi daripada kanak-kanak kepada dewasa. Jika silap percaturan, mungkin akan membawa kepada penyesalan seumur hidup. Tetapi kepada insan yang mampu memanfaatkan zaman remajanya, sudah tentu banyak kenangan manis yang terlakar dalam hidupnya. Ok, sudah. Actually aku nak tanya korang. Pernah tak korang baca majalah Remaja? Aku mula mengenali majalah ni, masa aku tingkatan dua dulu...Sebelum ni aku tak tahu pun akan kewujudan majalah ni. Jadi, bila dibelek-belek, diselak-selak, banyak informasi baru yang membuatkan aku tertarik untuk membelinya. Paling banyak majalah ni aku beli masa dekat matrikulasi. Walaupun timetable 'packed' dengan segala kelas dan tutorial, aku rasa majalah ni mampu menghilangkan sedikit tekanan yang aku alami. Orang kata untuk 'light reading' la. Lagipun masa tu laptop pun belum ada. Jadi, xde lah nak online atau layan cerita-cerita korea. Bila sudah menjejakkan kaki di menara gading ni, aktiviti membeli majalah ini jadi semakin berkurang. Kenapa? Mungkin sebab dapat online twenty four seven kut. Aku agak terkejut jugak dengan koleksi majalah ni yang aku ada. Banyak juga bila dikumpul. Alamat penuhla kotak simpanan buku aku. Alright, aku rasa cukup setakat ini dahulu. Di luar angin bertiup sangat kencang seperti mau hujan. Minta diri dulu =)Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah
Monday, December 14, 2009
Derita merindu
"Seandainya kau berada di depan mata Mudah untuk aku berkata-kata Supaya dapatku melihat seraut wajahmu Walaupun belum tentu kau mahu bertemu Apalagi memandangku Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan… Aku masih terkilan"Hmm...macam terkena batang hidung sendiri pula. Iyakah??
Catatan masa lalu
Friday, December 11, 2009
Jangan ganggu tidurku lagi!
Thursday, December 10, 2009
Masih belum mahu tidur
Tuesday, December 8, 2009
Jauh perjalanan luas pemandangan
Sunday, November 29, 2009
Hargailah apa yang kita miliki sementara ia masih ada
Wednesday, November 25, 2009
Sahabat
SAHABAT
Sunday, November 22, 2009
2012
ontonnya selama hampir 2 jam 40 minit, aku rasa sangat berbaloi dengan harga tiket rm12 sekeping! Tidak rugi rasanya menonton 2012 kerana banyak pengajaran yang dapat diambil daripada filem ini. Bila mengetahui, dunia ini hampir tamat riwayatnya, maka timbul lah konflik di mana setiap orang akan memikirkan jalan untuk menyelamatkan diri sendiri dahulu. Menonton filem saja sudah mengerikan apabila melihat saat-saat itu apatah lagi bila tiba 'hari' yang sebenar. Wallahua'alam. Hanya Allah jua lah yang Maha Mengetahui. Dan hanya kepada-Nya tempat kita bergantung harap dan memohon perlindungan.
Thursday, November 19, 2009
Detik-detik mengambil keputusan UPSR
Friday, November 13, 2009
Kenangan bersama rumah no 10
Ahli rumah no 10 terdiri drpd: Cik Agha, Cik Un, Zai, Ilham Qaseh, Farah Adilla, Jen dan Sandra...tidak ditampilkan di sini ialah Nor (beliau sudah pulang ke kg halaman).
Penat adjust kamera nak bagi semua masuk. Idea bernas daripada Mis Unz. Sesi bergambar diteruskan dgn gaya bebas.
Sweet memories...
Housemate yang sporting dan happening
Dan akhir sekali, bergambar sebelum naik ke rumah no 10. Haha, lawak je. Tak pernah lagi aku bergambar kat lif cmni.
Sekian saje sesi perkongsian untuk kali ini...Ucapan buat budak2 rumah no 10...
- Do keep in touch
- Panjang umur kita berjumpa lagi
- Buat roomate ku, selamat berpraktikum... dan semoga bahagia di samping orang tersayang
Thursday, November 5, 2009
Peperiksaan sudah menjelma
Saturday, October 31, 2009
Bila rasa sedih
.Rasa sangat down nak exam ni...mungkin sebab carry mark rendah kut.
.Aku buat ape je ye sem ni?.
.Muhasabah balik.
.Entah dapat score ke x final nanti.
.Risau.Takut.
Lalu hati ini memujuk:
"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman" (3:139)
"Jangan anda biarkan keletihan dan penderitaan yang anda alami menjadi bahan pembicaraan, kerana hal itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk meraih kebahagiaan."
Jangan Bersedih: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia
.Jadi, jangan bersedih lagi. Wednesday, October 28, 2009
Hari ini hari Rabu
Monday, October 26, 2009
Cerita zirafah
Saturday, October 24, 2009
Study week
Monday, October 19, 2009
Rawatan islam
Sunday, October 11, 2009
Jalan-jalan cari makan
Tuesday, October 6, 2009
hari-hari yang mencabar
Wednesday, September 30, 2009
dormant mode
Friday, September 18, 2009
ucapan raya buat semua
Sunday, September 13, 2009
Pergilah yang sedih, datanglah gembira!
Ketahuilah bahawa
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Apa yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan itu:
- Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa
- Banyakkan berdoa- Muhasabah diri tentang apa yang pernah dilakukan
- Menangislah...kerana air mata itu mampu mengurangkan bebanmu- Berkongsilah dengan kawan-kawan yang terdekat
- Dengar lagu-lagu yang happy @ tonton cerita lucu
- Sibukkan diri dengan kerja/assignment
- Jangan tengok hanphone
- Tidur
- Makan sepuasnya...tapi kalau xde selera pon, kena makan jugak walaupun sedikit
- Fikirlah betapa banyak masa dan kredit telah dihabiskan dengan sia-sia
- Buang jauh-jauh kenangan bersamanya
- Sertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
- Buat perkara yang paling disukai
- Ketawa
- Berfikiran positif (bukan dia seorang sahaja di dunia ini)
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membuang kesedihan ni. Yang penting mindset tu. Kalau fikir sedih, sedih lah dia. Kalau fikir gembira, gembiralah. Antara nak dengan tak nak je... Semoga akan hilanglah kesedihan itu dari dirimu, dan akan datang sinar kebahagiaan buatmu. Akhir sekali...Friday, September 11, 2009
Apa yang selalu korang buat bila korang sensorang @ bosan?
apa nak buat????
Sunday, September 6, 2009
Teringin sangat...
pastu, teringin jgk nk mkn kek batik. yg kt KHAR tu kecik sgt...
Thursday, September 3, 2009
ramadhan dan september
Friday, August 21, 2009
Katak bawah tempurung
Sunday, August 16, 2009
mencari pelangi part 2
"Relationship bagi aku ada satu ending je. Marriage. Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kahwin, lepas tu nak kahwin nanti cari lain pulak. Aku nak wife aku nanti, yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut. Dan aku tak rasa patut untuk aku untuk buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti", ked.
Wednesday, August 5, 2009
Terima kasih kawan-kawan!
Monday, August 3, 2009
Mencari Pelangi
Tajuknya: PeLangI
So...this is the trailer. (Hlovate)
KED’S STORY – HLOVATE
Khalid Faizal... Ked ... Hadiah ...Nawal
a lady... a romeo... a skater...
Florida-Virginia ... Malaysia-USA
Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
kalau nak diikutkan logik....
cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu...
masuk akal ke?
* * * *
p/s: Mase pergi Harris hari Sabtu lps, buku ni xder lg. Sabar je la...xpe2, nt keluar lg. Ked's story belum pernah baca lg, even kt blog Hlovate. Harap2 yg ni pon best la mcm novel2 die yg dulu.
Friday, July 31, 2009
Gara-gara H1N1...
28 July, 0130 Cik Agha dapat call drpd seorang kawan. Dgn mamai2 pun angkat je la telefon…
Perbualan berbunyi begini:
Cik H: Fara, UPSI da kena kuarantin
Cik Agha: Ye ke…oh…(xde perasaan sbb mengantok)
Cik H: Pastu esok kita tak payah pergi kelas la.
Cik Agha: Em, ye kot…Mane ko tahu ni?
Cik H: Ni ha, kak Dayang mesej aku..
Cik Agha: OK la…pape nanti mesej yea..
29 July, 0700
Setelah solat sume, Cik Agha mula terfikirkan perbualan telefon Cik Agha semalam. Betulke ni? Macam x percaya je. Dan Cik Agha pon mula bertanyakan housemate2 Cik Agha dan benarlah UPSI da ada kes. Maka sepanjang pagi tersebut kami hanya duduk di dalam rumah kerana telah dipesan supaya tidak meninggalkan rumah masing-masing. Lepas lunch, kami telah diberitahu bahawa UPSI akan ditutup bermula hari ini (29 July) sehinggalah 9 Ogos. Dan kami dibenarkan pulang bermula hari ini. Apa yang berlaku selepas itu? Suasana di sekitar kolej menjadi kelam-kabut dan tidak terkawal. Van dari pusat kesihatan juga datang ke kolej bagi pelajar yang ingin membuat pemeriksaan. Kaunter tiket SKS menjadi rebutan. Kerana kebanyakan pelajar2 mahu pulang ke kampung halaman masing2 pada hari itu juga. Tidak ketinggalan Cik Agha dan kawan-kawan. Bukan ape, takut virus tu merebak…bayangkan, hampir semua student pakai mask muka. Mana tak rasa takut…Tiket yang dapat juga kami beli akhirnya ialah pd jam 6.30 ptg ke Puduraya. Terima kasih Ana…
29 July, 1815 Semangat ni nak balik. Sebelum 6.30 da tunggu bas da. Tunggu punya tunggu, bas sampai tp apa yang frust nya ialah, pemandu bas tu kata, bas tu untuk tiket jam 4.30 ptg. Huh.. kiciwa..kiciwa.. Kawan Cik Agha, Aa, drpd mkn kt dlm kedai, sampai makan kt luar kedai. Hehe. Tension tunggu bas tak sampai-sampai. Tengokla tu.
Dan last sekali, bas sampai jam 8.30 malam…akhirnya… 29 July, 2200 Sampai Puduraya. Tiket ke destinasi seterusnya pada jam 10.30 mlm…adoi, lmbtnye nk sampai rumah…sabar2x…tepat jam 10.30 bas bertolak. Ingatkn boleh la nk lelap sekejap sbb perjalanan amek mase 4 jam la jgk. tp cik agha x boleh tdo…wawawawa…sejuk sangatttt..pakai sweater pon x cukup nk kalahkan rasa sejuk tu..mata mengantok, tp xleh tdo.. 30 July, 0000 Dapat kol...dia org first yg wish besday…terharunya, sb org itu ingat jgk la besday cik agha ni..cik agha nk ucapkn terima kasih la kpd kawan2 yang wish besday tu…thanks sbb concern n igt pd cik agha ni...
umur da makin byk...maka makin pendekla umur cik agha ni...cik agha igt lagi, mase skola dulu, kalo ada yg sambut hari lahir, ustaz cik agha akan ucap 'selamat pendek umur'. Ringkas tp...ada makna tersirat tu. . .
30 July, 0230
Alhamdulillah...selamat sampai ke kg halaman (kampung ker?) ...
Wednesday, July 22, 2009
the pencil
Assalamualaikum pembuka bicara. Di sebalik nama the pencil. sebenarnya saje2 je. mase nk create blog ni, teringat seorang kawan. dia pernah bgtw...hidup ni umpama sebatang pensel...kerana setiap apa yang kita lakukan akan sentiasa meninggalkan kesan. kemudian, kita sentiasa boleh membetulkan kesalahan yg kita tlh lakukan, ketiga, apa yang penting bukan luaran tetapi dalaman sebatang pensel itu. utk menjadi lebih tajam, kita kena asah,dan jadi pendek. memang sakit. namun, untuk menjadi lebih baik, kita perlu rasa sedikit kesakitan itu. dan yang terakhir, kita mesti rela dipegang dan ditunjukkan jalan dengan orang yang pandai...jangan jadi bodoh sombong...












