Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Join segmen dari kak Liza (boleh ke alisya panggil kakak?). Senang je segmen nya iaitu pilih satu nama yang korang suka. Tak kisah nama kawan, bakal anak, atuk, nenek, atau siapa-siapa saja. Yang penting, korang suka sangat dengan nama tu.
Hm..Boleh tak kalau saya cakap nama yang paling saya suka ialah Wardah Alisya? Iaitu nama blog ini sendiri. Saya belum pernah lagi jumpa dengan sesiapa yang bernama Wardah Alisya. Kalau ada, nak juga jumpa dengan tuan punya badan. Maksud nama Wardah Alisya pernah saya nukilkan di entri ini.
Satu lagi nama yang saya suka ialah Nur Insyirah. Sangat mendalam maknanya bagi saya. Kerana nama ini diambil sempena dengan surah ke-94, iaitu al-Insyirah. Sekiranya saya berasa kurang semangat, 'down' atau seumpamanya, saya akan baca surah ini. Insya Allah, akan pulih kembali semangat saya itu.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, (al-Insyirah, 5-6)
Walaupun kak Liza minta satu, tapi saya bagi dua. Lebih satu. Jangan marah ya...Sape-sape yang berminat nak join boleh klik banner atau link ini.
2 comments:
kak liza pun bolehlah.. terasalah muda sikit ni..ehhh...
nama-nama yg sangat manis dan sedap di dengar. simpan untuk bakal baby..insyaallah. TQ dear..
@Adzriel @ Liza AB hehe.you're welcome..terima kasih kat akak juga sebab buat segmen ni..
Post a Comment