Tuesday, July 5, 2011

Kenali gaya tidur anda

Mari kita lihat gaya yang telah korang buat korang semua sedang tidur. Kuak lentang kah? Kuak kupu-kupu kah? Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Professor Chris Idzikowski ke atas 1000 sampel, terdapat enam gaya tidur yang boleh dikaitkan dengan personaliti diri masing-masing.

Gambar: BBC.com
  • Posisi fetus - Golongan wanita dikatakan dua kali lebih berkemungkinan untuk tidur dalam posisi ini dan ia telah disenaraikan sebagai posisi yang paling biasa dilakukan. Mereka yang tidur dengan posisi ini dikatakan mempunyai personaliti yang 'keras' di luar selain berpewatakan sensitif dan pemalu.
  • Posisi log - Tidur mengiring dengan kedua-dua belah tangan ke bawah. Menunjukkan anda seorang yang sosial dan mudah percaya pada orang lain sehingga satu tahap anda mudah diperdaya.
  • Posisi yearner - Tidur mengiring dengan kedua-dua belah tangan ke hadapan. Gaya tidur seperti ini dikatakan orangnya berfikiran terbuka namun masih sinis, mencurigakan dan tetap dengan keputusan yang telah dibuat.
  • Posisi askar - Tidur terlentang dengan kedua-dua belah tangan kebawah dan rapat ke badan. Tidak banyak bercakap, pendiam, tidak suka membuat kecoh. Namun posisi tidur seperti ini lebih mudah untuk berdengkur dan mendapat tidur yang kurang nyenyak.
  • Posisi jatuh bebas - Selalu membuat keputusan terburu-buru, peramah dan tidak selesa dengan kritikan.
  • Posisi tapak sulaiman - Pendengar yang baik, ringan tulang dan tidak selesa menjadi perhatian ramai. Orang yang tidur dalam keadaan ini lebih cenderung untuk berdengkur dan mendapat tidur yang kurang berkualiti.
Menurut Idzikowski lagi, kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan sampel tidur dalam   posisi yang sama sepanjang malam dan hanya 5% daripada mereka yang berubah-ubah posisi tidur mereka. Tambah menarik, hanya 1 daripada 10 orang tidur berselimut dengan membiarkan lengan atau kedua-dua belah kaki terdedah.

10 comments:

Lanunsepet Aku Seorang Blogger said...

he3.. kajian ni menarik.
lanun rasa2 lanun tak tetap tido..
tapi kan.. lanun rasa lanun nyer/ yang stail tu..he3 rahsia2..

ade betolnyer apa yang doktor ni cakap. he3..

tq alisya

EiZaRaZiErYa said...

erkk..zie ase..zie yg 7% and 5% tu..huhu.. =.=''

udin said...

hahaha.. rasa2 semua posisi diatas sy wat kot masa tidur.. ;p

Alisya said...

@Lanunsepet Aku Seorang Blogger Biarlah rahsia ek? Welcome~~

Alisya said...

@EiZaRaZiErYa Mesti zie seorang pendengar yang baik kan..?

Alisya said...

@udinWah, semua gaya ada ye..

Addin said...

addin kalau tido macam macam gaya keluar kot . ahaha :)

follow sini ;)

Alisya said...

@Addin thanks addin!

iPai said...

kalau laki tak leh apply teori yang sama kah ?

saya yearner !!

Alisya said...

@iPaialisya rasa boleh je. tp kalau nak confirm kena tny dr tu la..