Saturday, July 23, 2011

Tips blogger | Gunakan gaya penulisan yang mudah difahami

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Walaupun Alisya bukanlah orang yang pro, tapi apa salahnya berkongsi idea. Ye tak? Dapat idea ni setelah berjalan-jalan di laman Terfaktab. Oh, saya sangat suka baca artikel-artikel di sana. (Promote jap). Dalam berblog, macam-macam gaya penulisan  yang kita jumpa. Alisya bagi contoh:

Amaran! Ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana penulis di alam maya ini.

1. Ari ni ak nak citew sst. Ak sedih tangat. Napew dyew wut cam tue kat ak. Menci ah. Ta patot dyew wut cam tue. Ingat ak nie apew? Suka2 jew nak sakitkan ati owang...sumew samew jew!

2. aRi NiE akU nAk CIteR sSt. aK SeDIh sANGat. NapE dIa wAt cmTU KaT aKu. Tak PatUT dIa wAt cmTU. iNgAt akU Ni aPa? SUka2 jE naK sAkItKaN hAti OrANg...sUMe sAMe jE!

3. Hari ni aku nak cerita sesuatu. Aku sedih sangat. Kenapa dia buat macam tu kat aku. Benci lah. Tak patut dia buat macam tu. Ingat aku ni sape? Suka-suka je nak sakitkan hati orang...semua sama je!

Okeh, Alisya nak tanya, antara nombor 1-3, yang mana satukah paling cepat dan mudah untuk anda fahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis? Bila kita menyenangkan atau memudahkan orang untuk baca tulisan kita, insya Allah, dia akan datang lagi ke blog kita. Kalau kita menyusahkan dia untuk baca tulisan kita, tak mustahil, butang pangkah kaler merah yang akan ditekan sebelum sempat habis baca cerita kita. Kalau itu yang terjadi siapa yang rugi?

Mana satu pilihan anda?

p/s: Alisya tak point siapa-siapa. Malah, gaya penulisan Alisya pun bukan ikut standard Karangan Bahasa Melayu. Sendiri punya blog, sendiri punya stail. Terpulang~~

8 comments:

sarah-najwan said...

salam...saya tetap pilih no 3 selaku cikgu BM...tapi dulu saya tak ajar 4/5 itqan..hehehe

kamu add saya baru saya tahu kamu dr kelas itu.saya igt2 lupa pada kamu..

blog yg hebat..cantik dan n3 yg menarik minat pembaca..

GaRy™ said...

nombor 3!! hehe... yang tulisan huruf besar kecik tuh paling tak best nak baca.. pening~.. =.="

nabila faryzza said...

saya prefer no 3. senang nak faham. bak kata anwarhadi, takpayah nak ewww eww sangat :D

Alisya said...

@sarah-najwan terima kasih cikgu...blog saya masih banyak lagi yang perlu belajar..minta tunjuk ajar cikgu.

Alisya said...

@GaRy™ alisya pun kurang minat dengan tulisan besar kecik..pening kepala nak baca.

Alisya said...

@nabila faryzza pelik jugak kenapa ada yang suka ber ewww eww..

mrs redzuan said...

Pilih no 3. Otak pening dan dahi pun berkerut nak pahamkan Ayat no 1 dan 2 tu.

Alisya said...

@mrs redzuan no 3 yang terbaik..hehe