Friday, July 22, 2011

Ucapan terima kasih buat semua

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Entri ini Alisya tulis khas buat semua follower Wardah Alisya dan tidak ketinggalan kepada Mama AA's yang telah menjadi pengikut blog Wardah Alisya yang ke lima ratus. Alhamdulillah, Mama AA's telah menggenapkannya semalam.


Alisya tulis entri ini bukan sebab nak menunjuk-nunjuk follower Alisya ramai, sebab ada ramai lagi blogger-blogger hebat lain yang mempunyai pengikut sehingga menjejaki angka ribu. Siapalah Alisya kalau nak dibandingkan dengan mereka. Tetapi niat Alisya tidak lain untuk mengucapkan jutaan terima kasih Alisya kepada kalian semua yang telah sudi untuk mengikut blog Wardah Alisya

Alisya memang tak sangka yang blog biasa-biasa ini boleh mempunyai pengikut seramai itu. Kredit juga kepada cik Luna kerana telah menganjurkan segmen ini. Kepada sesiapa yang belum join segmen ini lagi, boleh join lagi. Masih sempat kerana tarikh tutup ialah pada 25 Julai 2011. 

Terima kasih semua!